Tuesday 22 December 2015

ARTIKEL BERKAITAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA

Artikel 1 :

BEYOND ACCESS AND ACHIEVEMENT : EQUITY ISSUES FOR MATHEMATICS TEACHERS AND LEADERS

Oleh : Rochelle Gutierrez, Jennifer Bay-Williams dan Timothy D. Kanold (2008)

Kini, pemimpin-pemimpin pendidikan mengakui bahawa ketidaksamaan wujud dalam semua konteks. Dalam pendidikan matematik, kita menyedari bahawa pengajaran dan pembelajaran akan meningkat apabila kita memberi tumpuan yang sama kepada kurikulum, pengajaran dan penilaian. Kebanyakan ketidaksamaan timbul dalam konteks pembelajaran dan mencerminkan kekurangan peluang pelajar untuk belajar dalam situasi yang bermakna dan bukannya kekurangan motivasi dan keupayaan intelek.
Akses dan ekuiti dalam bidang pendidikan semakin meluas dan lebih ditekankan kepada empat aspek utama iaitu akses, pencapaian, identiti dan kuasa. Komuniti pendidikan matematik perlu memahami bahawa pengajaran yang efektif merangkumi pengetahuan kandungan, kemahiran pengurusan bilik darjah, kepakaran dalam membangunkan dan memupuk hubungan pelajar, keluarga dan masyarakat.
Murid-murid perlu dibekalkan dengan kurikulum, kemudahan dan kepakaran yang saksama tanpa mengira kedudukan lokasi sekolah demi kecemerlangan bersama.

Artikel 2 :


TEN STEPS IN EQUITY EDUCATION
Oleh : Organisation for economic co-operation and development (2008)

Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menentukan keberhasilan seseorang individu. Oleh itu, sistem yang adil dan inklusif membawa pendidikan untuk semua adalah salah satu cara yang paling penting dalam menghasilkan masyarakat yang seimbang. Ekuiti dalam pendidikan mempunyai dua dimensi iaitu keadilan dan inklusif. Inklusif bermaksud memastikan pendidikan asas untuk semua. Kedua-dua dimensi berkait rapat antara satu sama lain. Sepuluh langkah untuk mengurangkan kegagalan dan keciciran dalam sekolah berpandukan tiga faktor utama iaitu reka bentuk, pelaksanaan dan sumber. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk mencapai ekuiti dalam pendidikan. Ini selaras dengan anjakan pertama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.

CADANGAN MENGATASI KEKANGAN AKSES DAN EKUITI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK

Tenaga Pengajar :
-          Penerapan nilai pengajaran guru matematik.
-          Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih analitik.
-          Interaksi sosial antara guru dan pelajar.
-          Komitmen dan kreativiti guru matematik.

CADANGAN HAK KESAMAAN
-          Beri maklum balas yang berinformasi terhadap jawapan pelajar berpencapaian rendah.
-          Elakkan daripada membezakan kurikulum, bahan dan kaedah mengajar bagi mengelakkan tanggapan bahawa mereka murid berpencapaian rendah.
-          Interaksi dengan murid sekerap mungkin.

-          Beri peluang kepada semua murid untuk menjawab soalan sukar dan berpemikiran tinggi. Elakkan meminta pelajar berpencapaian tinggi sering membetulkan kesalahan pelajar berpencapaian rendah.

No comments:

Post a Comment