Tuesday 22 December 2015

iSu-iSu pEndiDikan di Malaysia


PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Kementerian pendidikan telah menyediakan sistem pendidikan yang bertanggungjawab untuk menyediakan generasi muda yang mempunyai pelbagai pengetahuan dan kemahiran agar apabila mereka memasuki ke alam dewasa mereka boleh hadapinya dengan baik. Tujuan dan matlamat pendidikan Negara pada abad ke 21 amat jelas sekali bagi menyediakan pendidikan yang ideal. Kementerian Pendidikan telah menyusun dan merancang untuk memperbaiki, memperkukuh, dan mempertingkatkan mutu pendidikan Negara sesuai dengan perubahan sosialisis masyarakat hari ini. Terutamanya adalah memberikan peluang pendidikan yang sama kepada semua pelajar tanpa mengambil kira budaya, kelas sosial, kelompok etnik dan amalan atau cara hidup. Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyatakan di dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001-2010 bahawa pembangunan pendidikan dari Zaman Dasar Pembangunan hingga ke Zaman Dasar Wawasan Negara telah berjaya mencapai banyak kemajuan khususnya dalam penyediaan infrastruktur, kemudahan pendidikan dan latihan perguruan. Walau bagaimanapun, masih dilihat pada masa kini terdapat pelbagai isu yang ditimbulkan berkaitan dengan pencapaian Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di antara isu yang terlibat ialah perkara yang berhubung dengan struktur pendidikan, akses kepada pendidikan, ekuiti, kualiti tenaga pengajar, ketidakseimbangan penyediaan infrastruktur, Pelaksanaan Program PPSMI, dan kurikulum yang relevan. Berdasarkan pendapat Sufean (2004) menyatakan terdapat banyak isu pendidikan yang boleh dikategorikan iaitu pentadbiran, peringkat pendidikan, teknologi pendidikan, organisasi sekolah dan keguruan.


STRUKTUR PENDIDIKAN
Terdapat beberapa isu yang berkaitan dengan struktur pendidikan termasuklah struktur pendidikan menengah yang tidak selaras dan kurang menepati keperluan. Diantaranya :
Ø  Bilangan tahun persekolahan struktur pendidikan Malaysia tidak sama dengan kebanyakan negara lain di dunia.
Ø  Tidak terdapat keseragaman dalam kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan wujudnya pelbagai haluan.
Ø  Kebanyakan pelajar memilih untuk menamatkan persekolahan mereka selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ø  Skop kurikulum Tingkatan 1 hingga 6 sangat luas.


AKSES PENDIDIKAN

KPM telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan selaras dengan perkembangan teknologi semasa yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru. Pelbagai projek ICT telah dilaksanakan oleh KPM dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti utama penyediaan infrastruktur ICT. Namun terdapat beberapa masalah yang menyebabkan usaha penggunaan ICT tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Diantaranya:
Ø  Pembekalan komputer yang tidak seimbang antara sekolah Bandar dan luar Bandar.
Ø  Perisian komputer untuk PnP yang sesuai sukar diperoleh.
Ø  Latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di sekolah yang kurang berkesan.
Ø  Penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah.
Ø  Bilangan guru terlatih dalam ICT yang belum mencukupi.
Maka, bukan mudah dan menjadi satu cabaran kepada pihak KPM bagi menjadikan setiap murid dan guru celik ICT serta memastikan setiap sekolah mendapat komputer.




EKUITI PENDIDIKAN (PERUNTUKAN PENDIDIKAN)

Setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan yang mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang berkesan berdasarkan pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010. Bagi mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah beruntung dan sekolah tidak beruntung, input pendidikan akan diagihkan secara adil kesemua sekolah yang meliputi guru, peruntukan kewangan, bahan dan peralatan pengajaran serta program sokongan. Namun, masih timbul beberapa isu yang berkaitan dengan ekuiti atau peruntukan yang disediakan oleh KPM tidak mencukupi sebagai pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dimana masih banyak lagi sekolah-sekolah di Malaysia yang belum menikmati kemudahan yang dijanjikan setelah lebih kurang tujuh tahun pelaksanaan program tersebut. Diantara contohnya ialah kemudahan lain seperti sumber pengajaran dan pembelajaran dan kelengkapan buku teks juga masih berkurangan.

TENAGA PENGAJAR

Dalam pelaksanaan pendidikan yang berkesan masih terdapat kekangan yang jelas dimana terdapat kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran mengikut opsyen masing-masing. Kebanyakan sekolah di pedalaman mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang latihan. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru mengajar di sekolah menjadi “bidan terjun”. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar matapelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Di sebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka kewibaan guru dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar mula dipertikaikan.


No comments:

Post a Comment