Tuesday 22 December 2015

Faktor-faktor kepada masalah penggunaan teknologi dalam PdP


ISU 1: FAKTOR GURU

Mengenai persepsi guru terhadap kepentingan komputer adalah kurang walaupun kebanyakkan guru masa kini telah didedahkan dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan. Namun, ramai guru yang lebih selesa dalam menggunakan kaedah konvensional relevan dengan sistem pendidikan berbanding penggunaan teknologi dalam pendidikan. Menurut Harison Bakar (2008), kajian menunjukkan penggunaan “chalk and talk” dianggap lebih berkesan oleh sesetengah guru kerana kandungan CD yang dibekalkan oleh KPM amat ringkas. Dengan penggunaan “chalk and talk” ini lebih memudahkan guru dan memuaskan hati ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan di dalam bilik darjah kerana ia adalah proses yang menghubungkan dua hala, kandungan perisian tidak mengikut format peperiksaan, serta perisian kursus hanya sesuai untuk pelajar yang lemah semata-mata.
Selain daripada itu kerisauan guru dalam menghadapi perubahan dalam penggunaan teknologi di sekolah. Dalam proses menggunakan teknologi seperti komputer di sekolah adalah lebih membimbangkan guru apabila terdapat kerosakan apabila menggunakan peralatan tersebut ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan di bilik komputer sekolah. Ini juga menyebabkan pengajaran dan pembelajaran banyak terganggu dengan kengkangan masa yang diberikan. Kemudian, guru juga mempunyai kebimbangan terhadap keyakinan diri mereka yang kurang dalam mempelajari teknologi ini sebagai persediaan dalam penggunaan teknologi. Begitu juga dengan kebimbangan terhadap sekiranya disuruh oleh pihak sekolah untuk melakukan semua kerja dengan penggunaan teknologi disebabkan guru tersebut mahir dalam penggunaan komputer.
            Menurut Mazniza (2004) kebanyakan guru-guru sedar tentang kelebihan dalam menggunakan teknologi seperti komputer, namun masih ramai lagi yang kurang menggunakannya disebabkan kekangan masa, masalah penyelenggaraan dan kemahiran terhadap penggunaan komputer. Penggunaan komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak untuk guru-guru membuat persediaan. Di samping itu, perjalanan dari bilik darjah ke bilik komputer memakan masa selama 5 atau 10 minit. Tambahan pula dengan jika terdapat kerosakan komputer tersebut ketika sedang setup bahan mengajar pada komputer untuk pelajar-pelajar. Oleh itu, pembelajaran akan menjadi singkat dan hanya sedikit informasi yang dapat di sampaikan.
            Proses pengajaran dengan menggunakan computer menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Miscrosoft Powerpoint (PPT) dengan input-input seperti rakaman suara, memasukkan video, grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Tidak semua bahan pengajaran yang disediakan boleh digunakan terus, namun guru dikehendaki menyediakan bahan pengajaran yang lebih menarik. Namun, kekangan masa, kerja yang banyak serta kurang kemahiran dalam penggunanan komputer menyukarkan guru untuk membuat penambahbaikan terhadap bahan mengajar tersebut terutamanya dalam menggunakan komputer. Tambahan pula, penggunaan komputer adalah pada tahap yang minima oleh guru yang dimana hanya digunakan sekali sekala sahaja dalam sebulan. Guru-guru kurang membiasakan diri dengan menggunakan pangkalan data, persembahan multimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.

ISU 2: FAKTOR SEKOLAH
Pengetua atau pentadbir sekolah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. Di samping itu, pengetua juga perlu memotivasikan setiap guru supaya mempunyai misi dan objektif yang sama dan perlu dicapai dengan jayanya. Pengetua atau pentadbir sekolah yang tidak mengambil berat atau prihatin terhadap keperluan masa hadapan akan menyebabkan organisasi pendidikan ketinggalan dan kurang maju.
Oleh itu melalui isu dan cabaran yang berkenaan dengan guru dalam penggunaan teknologi di sekolah, dapatlah diberikan beberapa cadangan bagi merealisasikan hasrat dalam membudayakan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antaranya ialah:
v  Membuat pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
v  Bahan terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan diberikan kepada guru-guru sebagai bahan mengajar ke seluruh Negara.
v  Mewajibkan bakal guru di university mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer sebagai subjek teras.
v  Mengutamakan kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi.
v  Mewujudkan sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi melalui motivasi intrinsik.
v  Guru sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan teknologi.
v  Pentadbir menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakan teknologi maklumat.
v  Kurikulum bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan teknologi berbanding pedagogi.

SISTEM PENDIDIKAN BERORIENTASIKAN PEPERIKSAAN
Penekanan kepada pencapaian di dalam peperiksaan menyebabkan guru-guru diarahkan untuk memberikan latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar-pelajar. Untuk memastikan guru menjalankan arahan yang diberikan, pihak pentadbir sekolah memantau buku latihan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru kurang berminat menggunakan perisian komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran yang dimana penekanan hanya dilakukan kepada pemantauan buku latihan yang dibuat oleh pelajar-pelajar.
            Guru-guru lebih suka dan lebih memfokuskan dengan penggunaan kaedah biase iaitu buku latihan dan buku aktiviti berbanding memberikan latihan melalui penggunaan ICT. Ini disebabkan buku-buku tersebut lebih menjadi bukti perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.
            Peperiksaan dianggap perkara yang amat penting samada dari pihak guru, pelajar dan ibubapa. Oleh itu, penekanan yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan aspek lain seperti pengajaran dengan menggunakan ICT. Peperiksaan adalah sebagai penanda aras dan kayu pengukur kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa juga turut memainkan peranan dalam menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah kepada masyarakat. Disebabkan itulah timbulnya budaya atau fenomena seperti berikut:
Ø  Mengajar dan belajar untuk peperiksaan
*      Pelajar diajar untuk mengingati model jawapan bagi memudahkan ketika menjawab soalan ketika peperiksaan. Disamping itu, guru juga memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan dinilai di dalam peperiksaan. Penggunaan ICT dianggap mengambil masa yang lama ketika hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran berbanding memberikan latihan yang berterusan kepada pelajar lebih jimat masa dan memudahkan.
Ø  Menghabiskan sukatan pelajaran seberapa segera
*      Guru akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan secepat mungkin. Ini disebabkan untuk memberikan soalan latih tubi sebagai ulangkaji pelajaran sebelum menghadapi peperiksaan. Ada juga guru yang sekadar menunjuk dan memberitahu sesuatu konsep matematik tanpa memberi peluang atau kesempatan kepada pelajar untuk memahami konsep tersebut terlebih dahulu sebelum beralih ke topik yang lain.
Ø  Pembelajaran yang lumpuh.
*      Pelajar di Malaysia adalah antara pelajar yang menderita disebabkan sistem yang hanya berasaskan peperiksaan. Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan besar hanya mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

ISU 3: KEKURANGAN PRASARANA DAN BAHAN SOKONGAN
Menyediakan kemudahan prasarana dan bahan sokongan kepada guru dan pelajar adalah satu cabaran penting kepada pendidikan di sekolah. Kemudahan ini tidak terhad kepada golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan warga sekolah tanpa mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
§  Bilangan pelajar di sekolah lebih ramai berbanding bilangan komputer yang disediakan di sekolah.
ü  Bilangan komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi pelajar. Bilik komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar sahaja dalam satu-satu masa. Ini kerana keluasan bilik komputer yang tidak berapa luas dan kekurangan bilangan komputer yang perlu mencukupi bilangan pelajar dalam kelas.
ü  Oleh itu, kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja.
ü  Dengan ini tidak sesuai dilakukan seperti mana dirancangkan iaitu dengan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap masa.
ü  Program pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian kerana untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di peringkat sekolah. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar akan dapat berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21.
ü  Bilangan komputer yang diguankan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga pelajar-pelajar perlu berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan. Ini juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.
§  Pembekalan yang tidak berkualiti
ü  Kebanyakkan guru menyatakan komputer yang diberikan kepada sekolah adalah kuran berkualiti dan adanya yang sudah ketinggalan zaman.
ü  Mutu peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalam pengajaran.
ü  Oleh itu, komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di tempat-tempat yang sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuklah guru dan pelajar-pelajar.
ü  Di samping itu, terdapat juga kekangan dari segi system penyelenggaraan komputer yang tidak cekap di sekolah.
§  Masalah penyelenggaraan makmal computer di sekolah.
ü  Banyak makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi penyelenggaraan.
ü  Walupun kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi masalah ini masih tidak dapat diselesaikan.
ü  Perkakasan dan perisian komputer yang terdapat di dalam makmal sekolah memerlukan penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah rosak.
ü  Memandangkan makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal seperti makmal sains yang mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka guru-guru teknologi maklumat itu sendiri yang perlu membuat kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.
ü  Hal ini menjadikan kerja bagi guru teknologi maklumat tersebut menjadi semakin bertambah dan kerja-kerja penyelenggaraan ini mengambil masa yang banyak apabila terdapat kerosakan terhadap komputer tersebut.
ü  Adakalanya guru tersebut kurang mahir dalam kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dan terpaksa memanggil pihak luar untuk membetulkannya. Ini akan memakan belanja yang besar dan proses pengajaran dan pembelajaran juga terganggu.
§  Perisian komputer
ü  Alat ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah computer dan perisian pendidikan sama ada yang disimpan dalam CD-ROM, cakera keras ataupun laman web.
ü  Perubahan ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian pendidikan yang berciri kecerdasan.
ü  Ciri ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar.
ü  Bagaimanapun, pendidik  haruslah berhati-hati dalam melaksana pendekatan ini. Ini kerana kesilapan dalam memberikan pertimbangan boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan ICT yang lebih produktif menjurus kea rah penyalahgunaan kemudahan ICT, mengakibatkan lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk memperlajari sesuatu.
ü  Guru perlu menilai dahulu perisian pendidikan yang hendak digunakan untuk pelajar dan membuat persediaan terlebih dahulu bagi memastikan perisian itu digunakan sepenuhnya dengan baik.

ISU 4: JURANG ICT DAN DIGITAL
Jurang ini lebih kepada jurang di antara satu komuniti dengan komuniti yang lain di dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT serta memahami dan menggunakan maklumat dari ICT. Antara faktor yang menyebabkan jurang digital ini adalah seperti berikut:
·         Faktor ekonomi
o   Kebanyakkan pelajar tidak mampu untuk membeli komputer riba sendiri dengan kos yang mahal dan kurang berkemampuan untuk membelinya. Begitu juga dengan kurang mampu untuk mendapatkan khidmat ICT.
·         Faktor geografi
o   Kekangan dalam mendapatkan liputan internet dan bekalan elektrik untuk menggunakan ICT dengan sepenuhnya. Hanya di tempat yang tertentu sahaja akan mendapat liputan internet dan bekalan elektrik ini sahaja.
·         Faktor kemahiran komputer
o   Tidak mengetahui bagaimana untuk mengakses maklumat dengan menggunakan komputer juga menyebabkan ramai masyarakat kurang tahu mengenai ICT ini. Tambahan pula dengan kurangnya pengetahuan tentang ICT dan penggunaan komputer untuk mencari maklumat.
·         Faktor kemahiran bahasa dan literasi
o   Ada juga pelajar dan guru yang tidak dapat membaca dan memahami bahasa internet dengan baik. Hal ini memerlukan guru dan pelajar untuk memasuki kelas computer yang di anjurkan oleh pihak sekolah ataupun pihak luar yang adakalanya memakan belanja yang sangat mahal.
Pelbagai inisiatif dijalankan dan datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan dalam memperkasa komuniti dan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi jurang teknologi dan jurang minda. Ini juga bertujuan untuk mewujudkan jalinan pengetahuan secara digital serta memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi, sosial dan akses kepada informasi dalam membantu masyarkat menjadi lebih berpengetahuan.

Ketidakseimbangan yang berlaku dalam masyarakat terutama dari segi ekonomi, pendapatan, pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan memberikan kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion keguruan di negara ini perlu memainkan peranan bagi menangani jurang ICT yang berlaku terutamanya di luar bandar dan di kalangan kaum. Pihak sekolah dan guru memberikan perhatian yang serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dengan meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan luar Bandar.

No comments:

Post a Comment