Tuesday 22 December 2015

PENAMBAHBAIKAN PENGGUNAAN ICT DALAM PdP


PENAMBAHBAIKAN BERKAITAN ICT

Berdasarkan isu yang berkaitan dengan ICT yang telah dibincangkan di atas, terdapat beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan dan cara untuk menyelesaikan masalah tentang ICT semasa pengajaran dan pembelajaran di jalankan di sekolah. Antaranya ialah:
§  Pihak sekolah boleh guna membina satu bangunan khas untuk makmal komputer untuk keselesaan guru dan pelajar mempelajari subjek tersebut.  Di samping itu, boleh juga mengumpul dana daripada persatuan PIBG sekolah untuk membeli beberapa unit komputer bagi mencukupi keperluan pelajar-pelajar.
§  Dalam jadual waktu belajar perlu di berikan ruang dan masa yang panjang bagi memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk menggunakan teknologi maklumat tersebut dengan baik dan cukup. Ini bermaksud pihak pentadbir sekolah perlu membuat satu waktu yang panjang sedikit untuk subjek IT ini. Boleh juga di selang selikan kepada guru subjek masing-masing yang memerlukan penggunaan teknologi di makmal komputer.
§  Pelajar-pelajar juga jangan hanya berharap kepada pihak sekolah sahaja untuk mempelajari subjek IT ini mengikut subjek yang berkenaan. Namun, pelajar perlu mencari inesiatif yang lain untuk mendapatkan maklumat yang lebih tentang teknologi maklumat ini. Ini bagi memudahkan guru untuk menerangkan kepada mereka tentang cara-cara untuk mencari maklumat berkaitan dengan pelajaran tersebut.
§  Kita sedia ada mengetahui kekurangan bilangan computer di sekolah yang tidak mencukupi penggunaan teknologi tersebut bagi satu-satu masa untuk pelajar. Maka, pelajar boleh juga mempelajari ilmu IT ini di luar sekolah iaitu cuba untuk menghadiri kelas-kelas komputer dan juga bengkel yang di adakan untuk pelajar-pelajar daripada pihak luar. Ada yang membuat bengkel ini dengan harga yang berpatutan untuk pelajar-pelajar.
§  Guru juga boleh menyelitkan beberapa laman web yang pelajar boleh akses sendiri di rumah atau cyber cafĂ© berdekatan bagi memudahkan pelajar-pelajar memahami subjek yang diajar. Jadi, pelajar tidak menyalahgunakan internet dengan mengakses perkara yang tidak berfaedah.
§  Pihak kerajaan juga perlu menyediakan pembantu makmal komputer di sekolah bagi membantu guru-guru dalam mengakses teknologi ini dengan baik. Juga perlu ditapis ketika pemilihan pembantu makmal komputer ini bagi mengelakkan kurang kepakaran dalam menyelenggarakan komputer.


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat penting dalam dunia pendidikan pada alaf ini. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini, kita perlu melangkah sejajar dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia. Penguasaan ICT dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Kemahiran guru dalam bidang ICT dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). 

PENAMBAHBAIKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
·         Pihak sekolah perlu mengatasi masalah kekurangan prasarana dan bahan sokongan dengan memperbaiki infrastruktur komunikasi dan multimedia seperti kemudahan komputer, lebar jalur tinggi yang bersepadu dan sambungan internet serta makmal komputer.
·         Pihak sekolah juga perlu menyediakan peruntukan yang sesuai untuk menyediakan teknologi komputer terkini.
·         Pihak pentadbir perlu memberi dorongan kepada guru untuk membina bahan pengajaran dan pembelajaran.
·         Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memainkan peranan penting dalam penambahbaikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu pihak KPM perlu menyelenggara peralatan dan perkakasan ICT secara intensif dan bersepadu.
·         KPM harus menyediakan infrastruktur ICT yang bersepadu dan berterusan di luar Bandar dan pedalaman.
·         Guru perlu berusaha menguasai kemahiran menggunakan ICT agar proses Pengajaran dan Pembelajaran dalam dilaksanakan dengan lancar.




Kementerian akan memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan teknologi tetapi juga boeh memanfaatkan secara berkesan bagi meningkatkan pembelajaran mereka. Maka, kementerian akan melaksanakannya dengan mengukuhkan asas teknologi sekolah sambil memperkenalkan penyelesaian teknologi yang terbukti baik ke dalam sistem pendidikan.
Penambahbaikan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
·         Menyediakan murid dengan kemahiran dan pengetahuan bagi belajar dengan berkesan dan hidup secara produktif dalam dunia global dan digital.
·         Memberikan latihan kepada semua guru bagi menerapkan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menyokong pembelajaran murid.
·         Melengkapkan kesemua sekolah di seluruh Negara dengan capaian internet 4G dan platform pembelajaran maya yang boleh digunakan oleh guru dan murid serta ibubapa menerusi program 1bestariNet.
·         Memastikan keperluan asas disediakan. Sejajar dengan kejayaan pelaksanaan program teknologi dalam pendidikan contoh-contoh, kementerian akan mengamalkan pendekatan yang tersusun bagi teknologi. elemen kritikal dalam penggunaan teknologi  seperti peralatan, jaringan dan aplikasi teknologi, kompetensi guru dalam teknologi serta kurikulum dan pentaksiran mesti dimantapkan sebelum beralih kepada penggunaan teknologi yang lebih tekal dan inovatif.
·         Membangunkan strategi seterusnya daripada asas yang telah disediakan. Kementerian akan memastikan semua inisiatif selanjutnya dibangunkan daripada program terdahulu. Sebagai contoh, Kementerian akan memastikan bahawa semua inisiatif teknologi masa depan akan ditingkatkan dan memperkukuhkan keberkesanan 1bestarinet. langkah ini bertujuan memaksimumkan ROI Kementerian bagi program ini dan memastikan 1BestariNet menjadi pemangkin bagi inovasi teknologi dalam pendidikan di Malaysia.
·         Memastikan semua guru dan pegawai Kementerian celik teknologi kementerian akan memastikan bahawa semua guru berada pada tahap minimum literasi teknologi pada akhir tahun 2015. standard literasi teknologi yang dikehendaki adalah berdasarkan rubrik kompetensi teknologi yang dibangunkan oleh persatuan Antarabangsa teknologi dalam Pendidikan (ISTE). Semua guru pelatih dikehendaki mencapai standard kompetensi sebagai sebahagian daripada latihan praperkhidmatan mereka. Guru dalam perkhidmatan pula perlu lulusujian diagnostik atas talian menjelang 2014. Mereka yang tidak lulus ujian ini dikehendaki melengkapkan satu siri modul latihan atas talian dan menduduki semula ujian diagnostik tersebut pada akhir tahun 2015. Proses ujian dan latihan ini akan disokong melalui platform pembangunan profesional yang dikendalikan dalam VLE 1BestariNet.


No comments:

Post a Comment