ISU 1: FAKTOR GURU
Mengenai
persepsi guru terhadap kepentingan komputer adalah kurang walaupun kebanyakkan
guru masa kini telah didedahkan dengan penggunaan teknologi dalam pendidikan.
Namun, ramai guru yang lebih selesa dalam menggunakan kaedah konvensional
relevan dengan sistem pendidikan berbanding penggunaan teknologi dalam
pendidikan. Menurut Harison Bakar (2008), kajian menunjukkan penggunaan “chalk
and talk” dianggap lebih berkesan oleh sesetengah guru kerana kandungan CD yang
dibekalkan oleh KPM amat ringkas. Dengan penggunaan “chalk and talk” ini lebih
memudahkan guru dan memuaskan hati ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan
di dalam bilik darjah kerana ia adalah proses yang menghubungkan dua hala,
kandungan perisian tidak mengikut format peperiksaan, serta perisian kursus
hanya sesuai untuk pelajar yang lemah semata-mata.
Selain
daripada itu kerisauan guru dalam menghadapi perubahan dalam penggunaan
teknologi di sekolah. Dalam proses menggunakan teknologi seperti komputer di
sekolah adalah lebih membimbangkan guru apabila terdapat kerosakan apabila
menggunakan peralatan tersebut ketika pengajaran dan pembelajaran dilakukan di
bilik komputer sekolah. Ini juga menyebabkan pengajaran dan pembelajaran banyak
terganggu dengan kengkangan masa yang diberikan. Kemudian, guru juga mempunyai
kebimbangan terhadap keyakinan diri mereka yang kurang dalam mempelajari
teknologi ini sebagai persediaan dalam penggunaan teknologi. Begitu juga dengan
kebimbangan terhadap sekiranya disuruh oleh pihak sekolah untuk melakukan semua
kerja dengan penggunaan teknologi disebabkan guru tersebut mahir dalam
penggunaan komputer.
Menurut Mazniza (2004) kebanyakan
guru-guru sedar tentang kelebihan dalam menggunakan teknologi seperti komputer,
namun masih ramai lagi yang kurang menggunakannya disebabkan kekangan masa,
masalah penyelenggaraan dan kemahiran terhadap penggunaan komputer. Penggunaan
komputer dalam pengajaran memerlukan masa yang banyak untuk guru-guru membuat
persediaan. Di samping itu, perjalanan dari bilik darjah ke bilik komputer
memakan masa selama 5 atau 10 minit. Tambahan pula dengan jika terdapat
kerosakan komputer tersebut ketika sedang setup bahan mengajar pada komputer
untuk pelajar-pelajar. Oleh itu, pembelajaran akan menjadi singkat dan hanya
sedikit informasi yang dapat di sampaikan.
Proses pengajaran dengan menggunakan
computer menuntut guru berkemahiran dalam membina persembahan dan
mengintegrasikan multimedia sekurang-kurangnya menggunakan Miscrosoft
Powerpoint (PPT) dengan input-input seperti rakaman suara, memasukkan video,
grafik dan bunyi mengikut kreativiti guru. Tidak semua bahan pengajaran yang
disediakan boleh digunakan terus, namun guru dikehendaki menyediakan bahan
pengajaran yang lebih menarik. Namun, kekangan masa, kerja yang banyak serta
kurang kemahiran dalam penggunanan komputer menyukarkan guru untuk membuat
penambahbaikan terhadap bahan mengajar tersebut terutamanya dalam menggunakan
komputer. Tambahan pula, penggunaan komputer adalah pada tahap yang minima oleh
guru yang dimana hanya digunakan sekali sekala sahaja dalam sebulan. Guru-guru
kurang membiasakan diri dengan menggunakan pangkalan data, persembahan
multimedia, persembahan grafik, mel elektronik dan laman web dalam pengajaran.
ISU 2: FAKTOR SEKOLAH
Pengetua
atau pentadbir sekolah memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan
kualiti pendidikan di sekolah. Di samping itu, pengetua juga perlu
memotivasikan setiap guru supaya mempunyai misi dan objektif yang sama dan
perlu dicapai dengan jayanya. Pengetua atau pentadbir sekolah yang tidak
mengambil berat atau prihatin terhadap keperluan masa hadapan akan menyebabkan
organisasi pendidikan ketinggalan dan kurang maju.
Oleh
itu melalui isu dan cabaran yang berkenaan dengan guru dalam penggunaan
teknologi di sekolah, dapatlah diberikan beberapa cadangan bagi merealisasikan
hasrat dalam membudayakan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Antaranya ialah:
v Membuat
pemilihan kajian tindakan berdasarkan bahan pengajaran teknologi di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
v Bahan
terbaik diperingkat kebangsaan akan dikumpulkan melalui CD dan diberikan kepada
guru-guru sebagai bahan mengajar ke seluruh Negara.
v Mewajibkan
bakal guru di university mengambil dua atau tiga kertas berkaitan komputer
sebagai subjek teras.
v Mengutamakan
kursus latihan dalam perkhidmatan (LADAP) yang berkaitan teknologi.
v Mewujudkan
sikap positif jangka panjang guru terhadap teknologi melalui motivasi
intrinsik.
v Guru
sendiri hendaklah berperanan dan rasa bertanggungjawab untuk menyediakan
keperluan teknologi.
v Pentadbir
menggunakan sebahagian besar pengurusan dan pentadbiran sekolah menggunakan
teknologi maklumat.
v Kurikulum
bagi melahirkan guru hendaklah lebih mengutamakan teknologi berbanding
pedagogi.
SISTEM PENDIDIKAN BERORIENTASIKAN
PEPERIKSAAN
Penekanan
kepada pencapaian di dalam peperiksaan menyebabkan guru-guru diarahkan untuk
memberikan latihan sebanyak yang mungkin kepada pelajar-pelajar. Untuk
memastikan guru menjalankan arahan yang diberikan, pihak pentadbir sekolah
memantau buku latihan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa. Oleh itu, guru
kurang berminat menggunakan perisian komputer di dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dimana penekanan hanya dilakukan kepada pemantauan buku
latihan yang dibuat oleh pelajar-pelajar.
Guru-guru lebih suka dan lebih
memfokuskan dengan penggunaan kaedah biase iaitu buku latihan dan buku aktiviti
berbanding memberikan latihan melalui penggunaan ICT. Ini disebabkan buku-buku
tersebut lebih menjadi bukti perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran
sebagaimana yang diarahkan oleh pihak pentadbir sekolah.
Peperiksaan dianggap perkara yang
amat penting samada dari pihak guru, pelajar dan ibubapa. Oleh itu, penekanan
yang berlebihan kepada peperiksaan menyebabkan guru-guru mengabaikan aspek lain
seperti pengajaran dengan menggunakan ICT. Peperiksaan adalah sebagai penanda
aras dan kayu pengukur kepada kebolehan dan kemampuan pelajar. Media massa juga
turut memainkan peranan dalam menghebahkan pencapaian pelajar dan sekolah
kepada masyarakat. Disebabkan itulah timbulnya budaya atau fenomena seperti
berikut:
Ø Mengajar
dan belajar untuk peperiksaan
Pelajar diajar untuk mengingati model
jawapan bagi memudahkan ketika menjawab soalan ketika peperiksaan. Disamping
itu, guru juga memfokuskan kepada isi kandungan dan kemahiran yang akan dinilai
di dalam peperiksaan. Penggunaan ICT dianggap mengambil masa yang lama ketika
hendak memulakan pengajaran dan pembelajaran berbanding memberikan latihan yang
berterusan kepada pelajar lebih jimat masa dan memudahkan.
Ø Menghabiskan
sukatan pelajaran seberapa segera
Guru akan berusaha bersungguh-sungguh
untuk menghabiskan sukatan pelajaran dengan secepat mungkin. Ini disebabkan
untuk memberikan soalan latih tubi sebagai ulangkaji pelajaran sebelum
menghadapi peperiksaan. Ada juga guru yang sekadar menunjuk dan memberitahu sesuatu
konsep matematik tanpa memberi peluang atau kesempatan kepada pelajar untuk
memahami konsep tersebut terlebih dahulu sebelum beralih ke topik yang lain.
Ø Pembelajaran
yang lumpuh.
Pelajar di Malaysia adalah antara
pelajar yang menderita disebabkan sistem yang hanya berasaskan peperiksaan.
Pelajar yang mendapat keputusan cemerlang berkemungkinan besar hanya
mengeluarkan apa yang dipelajari tanpa memahami konsep-konsep penting untuk dipraktikkan
dalam kehidupan seharian.
ISU 3: KEKURANGAN PRASARANA DAN
BAHAN SOKONGAN
Menyediakan
kemudahan prasarana dan bahan sokongan kepada guru dan pelajar adalah satu
cabaran penting kepada pendidikan di sekolah. Kemudahan ini tidak terhad kepada
golongan tertentu sahaja tetapi melibatkan keseluruhan warga sekolah tanpa
mengira status ekonomi, sosial, kaum dan sebagainya.
§ Bilangan
pelajar di sekolah lebih ramai berbanding bilangan komputer yang disediakan di
sekolah.
ü Bilangan
komputer yang disalurkan bagi sesebuah sekolah masih tidak mencukupi untuk
memaksimumkan penggunaan komputer sebagai medium pengajaran bagi pelajar. Bilik
komputer di sekolah digunakan untuk mempelajari sesuatu yang memang memerlukan
penggunaan komputer dan hanya boleh digunakan oleh sebilangan kecil pelajar
sahaja dalam satu-satu masa. Ini kerana keluasan bilik komputer yang tidak
berapa luas dan kekurangan bilangan komputer yang perlu mencukupi bilangan
pelajar dalam kelas.
ü Oleh
itu, kebiasaannya penggunaan ICT dalam pengajaran hanya terfokus kepada sesuatu
mata pelajaran dan dalam masa-masa yang tertentu sahaja.
ü Dengan
ini tidak sesuai dilakukan seperti mana dirancangkan iaitu dengan penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap masa.
ü Program
pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian kerana untuk memberi peluang
kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas ICT di
peringkat sekolah. Berbekal dengan pengetahuan asas ICT para pelajar akan dapat
berdepan dengan kehendak dan cabaran kerjaya mereka dalam abad ke 21.
ü Bilangan
komputer yang diguankan seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal
yang dialami menambahkan kadar pengguna komputer bertambah sehingga
pelajar-pelajar perlu berkongsi satu unit komputer semasa pengajaran dijalankan.
Ini juga sering mengganggu kelancaran penggunaan komputer dalam pengajaran.
§ Pembekalan
yang tidak berkualiti
ü Kebanyakkan
guru menyatakan komputer yang diberikan kepada sekolah adalah kuran berkualiti
dan adanya yang sudah ketinggalan zaman.
ü Mutu
peralatan ICT yang rendah boleh mengganggu proses penggunaan ICT dalam
pengajaran.
ü Oleh
itu, komputer hendaklah dipastikan dari segi kualiti dan diletakkan di
tempat-tempat yang sesuai dan boleh dicapai oleh semua orang, termasuklah guru
dan pelajar-pelajar.
ü Di
samping itu, terdapat juga kekangan dari segi system penyelenggaraan komputer
yang tidak cekap di sekolah.
§ Masalah
penyelenggaraan makmal computer di sekolah.
ü Banyak
makmal di sekolah tidak terurus kerana tidak ada kepakaran dari segi
penyelenggaraan.
ü Walupun
kerajaan telah melantik juruteknik komputer di setiap daerah, tetapi masalah
ini masih tidak dapat diselesaikan.
ü Perkakasan
dan perisian komputer yang terdapat di dalam makmal sekolah memerlukan
penyelenggaraan sentiasa untuk mengelakkannya daripada mudah rosak.
ü Memandangkan
makmal komputer tidak mempunyai pembantu makmal seperti makmal sains yang
mempunyai pembantu makmalnya sendiri, maka guru-guru teknologi maklumat itu
sendiri yang perlu membuat kerja-kerja penyelenggaraan tersebut.
ü Hal
ini menjadikan kerja bagi guru teknologi maklumat tersebut menjadi semakin
bertambah dan kerja-kerja penyelenggaraan ini mengambil masa yang banyak
apabila terdapat kerosakan terhadap komputer tersebut.
ü Adakalanya
guru tersebut kurang mahir dalam kerja-kerja penyelenggaraan tersebut dan
terpaksa memanggil pihak luar untuk membetulkannya. Ini akan memakan belanja
yang besar dan proses pengajaran dan pembelajaran juga terganggu.
§ Perisian
komputer
ü Alat
ICT yang selalu digunakan untuk pembelajaran tutorial ialah computer dan
perisian pendidikan sama ada yang disimpan dalam CD-ROM, cakera keras ataupun
laman web.
ü Perubahan
ini seiring dengan perkembangan yang berlaku dalam rekabentuk perisian
pendidikan yang berciri kecerdasan.
ü Ciri
ini melahirkan perisian pendidikan yang berupaya menyesuai maklumat yang
disampai dengan kemampuan dan keperluan pelajar.
ü Bagaimanapun,
pendidik haruslah berhati-hati dalam
melaksana pendekatan ini. Ini kerana kesilapan dalam memberikan pertimbangan
boleh mengakibatkan pembaziran masa dan tenaga, menghalang penggunaan kemudahan
ICT yang lebih produktif menjurus kea rah penyalahgunaan kemudahan ICT,
mengakibatkan lebih banyak masa diperlu oleh pelajar untuk memperlajari
sesuatu.
ü Guru
perlu menilai dahulu perisian pendidikan yang hendak digunakan untuk pelajar
dan membuat persediaan terlebih dahulu bagi memastikan perisian itu digunakan
sepenuhnya dengan baik.
ISU 4: JURANG ICT DAN DIGITAL
Jurang
ini lebih kepada jurang di antara satu komuniti dengan komuniti yang lain di
dalam mengakses kepada ICT, mencapai maklumat melalui ICT serta memahami dan
menggunakan maklumat dari ICT. Antara faktor yang menyebabkan jurang digital
ini adalah seperti berikut:
·
Faktor ekonomi
o
Kebanyakkan pelajar tidak mampu untuk
membeli komputer riba sendiri dengan kos yang mahal dan kurang berkemampuan
untuk membelinya. Begitu juga dengan kurang mampu untuk mendapatkan khidmat
ICT.
·
Faktor geografi
o
Kekangan dalam mendapatkan liputan
internet dan bekalan elektrik untuk menggunakan ICT dengan sepenuhnya. Hanya di
tempat yang tertentu sahaja akan mendapat liputan internet dan bekalan elektrik
ini sahaja.
·
Faktor kemahiran komputer
o
Tidak mengetahui bagaimana untuk
mengakses maklumat dengan menggunakan komputer juga menyebabkan ramai
masyarakat kurang tahu mengenai ICT ini. Tambahan pula dengan kurangnya
pengetahuan tentang ICT dan penggunaan komputer untuk mencari maklumat.
·
Faktor kemahiran bahasa dan literasi
o
Ada juga pelajar dan guru yang tidak
dapat membaca dan memahami bahasa internet dengan baik. Hal ini memerlukan guru
dan pelajar untuk memasuki kelas computer yang di anjurkan oleh pihak sekolah
ataupun pihak luar yang adakalanya memakan belanja yang sangat mahal.
Pelbagai
inisiatif dijalankan dan datangnya daripada pelbagai pihak dan berperanan dalam
memperkasa komuniti dan menjana ilmu dalam melalui usaha menyeberangi jurang
teknologi dan jurang minda. Ini juga bertujuan untuk mewujudkan jalinan
pengetahuan secara digital serta memperkasa masyarakat di dalam bidang ekonomi,
sosial dan akses kepada informasi dalam membantu masyarkat menjadi lebih
berpengetahuan.
Ketidakseimbangan
yang berlaku dalam masyarakat terutama dari segi ekonomi, pendapatan,
pendidikan, kemudahan infrastruktur, pemodenan dan sebagainya akan memberikan
kesan terhadap kemajuan ICT dan digital. Sekolah, pendidikan dan profesion
keguruan di negara ini perlu memainkan peranan bagi menangani jurang ICT yang
berlaku terutamanya di luar bandar dan di kalangan kaum. Pihak sekolah dan guru
memberikan perhatian yang serius bagi merapatkan jurang perbezaan ICT dengan
meningkatkan program pendidikan ICT dan memperluaskan peluang menguasai
pengetahuan dan kemahiran digital, khususnya di kalangan pelajar miskin dan
luar Bandar.
No comments:
Post a Comment