KURIKULUM
Definisi kurikulum menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah
kurikulum merupakan segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah
sekolah atau institusi pendidikan untukmencapai matlamat pendidikan. Ia adalah
suatu rancangan yang meliputi segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai-nilai
dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan masyarakat untukdiperturunkan
kepada ahli-ahlinya. Menurut pandangan Neagley & Evans, 1992; kurikulum
bermaksud semua pengalaman yang dirancang dan dikemukakan oleh pihak sekolah.
Selain itu, kurikulum pendidikan merupakan satu wadah penting dalam
menjana anjakan paradigma dalam diri setiap individu dan ia juga memainkan
peranan penting untuk melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek
kehidupan (Mastura Badzis, 2008). Secara umumnya, pendidikan selalu dikaitkan
dengan proses pengajaran dan pembelajaran sesuatu kemahiran, penyampaian ilmu
dan juga penerapan nilai. Dalam bentuk yang praktikal, hasil pendidikan
seharusnya dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari dan memanfaatkan kemahiran yang dimiliki dalam kehidupan seharian.
Dalam konteks kanak-kanak, pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses
kognitif yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu
seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran.
Dengan adanya ‘ilmu’ atau kemahiran yang diperoleh, ia akan diaplikasikan dalam
konteks persekitaran yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika
itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa akan datang (Department
of Education and Science, 1990).
KONSEP KURIKULUM
Reformasi atau perubahan dalam kurikulum matematik sekolah yang
dijalankan banyak dipengaruhi oleh pandangan ahli pendidik tentang kurikulum, matematik,
perkembangan kurikulum, dan justifikasi bagi memuatkan matematik dalam
kurikulum sekolah. Cara mengkonsepsikan kurikulum matematik adalah penting
kerana konsepsi dan cara kita berfikir tentang perkara tersebut menggambarkan
dan mencorakkan cara kita melihat, berfikir, berbincang, mengkaji, dan
bertindak terhadap matematik yang diajar kepada pelajar. Konsepsi kita tentang
kurikulum matematik, cara kita berfikir, dan tindakan yang kita lakukan pula
tidak bersifat bebas nilai. Hakikatnya, perkara tersebut menggambarkan andaian
kita tentang pendidikan matematik dan alam semesta, walaupun andaian tersebut
tidak dinyatakan secara eksplisit.
Kurikulum dirancang merujuk satu set pengalaman yang berdasarkan teori,
penyelidikan, dan pengalaman profesional lalu yang dibentuk untuk pelajar
bertujuan membantu mereka mencapai matlamat kurikulum. Pengajaran pula merujuk
proses yang berdasarkan teori, penyelidikan, dan pengalaman profesional lalu
dan semasa, yang digunakan untuk melaksanakan kurikulum yang dirancang.
Selanjutnya, kurikulum dialami merujuk satu set pengalaman sebenar yang dialami
oleh pelajar. Akhir sekali, perancangan kurikulum merujuk proses mengumpulkan,
menganalisis, mempertimbang, dan mensintesiskan maklumat relevan dari pelbagai
sumber untuk menentukan dan membentuk pengalaman yang dapat membantu pelajar
mencapai matlamat kurikulum.
KOMPONEN-KOMPONEN
UTAMA DALAM SESEBUAH KURIKULUM
i.
Kandungan
Kurikulum
ii.
Objektif
Kurikulum
iii.
Proses
Penilaian Kurikulum
iv.
Aktiviti
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
JENIS-JENIS KURIKULUM
i.
Kurikulum Tersembunyi :
-
Terletak
di luar konteks pengajaran rasmi, belajar secara implisit.
-
Mengandungi
peraturan tidak bertulis, konvensi, adat resam, nilai budaya yang dikenali
sebagai sekolah, seperti sopan santun, menjaga kebersihan dan jujur.
-
Dibentuk
berdasarkan faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang pengalaman
guru dan murid.
ii.
Kurikulum yang Dialami
/ Dipelajari
:
-
Semua
perubahan pada nilai, persepsi, dan tingkah laku yang berlaku adalah hasil
daripada pengalaman persekolahan.
iii.
Kurikulum yang Diuji :
-
Set
pembelajaran yang dinilai dalam ujian yang digubal oleh guru, ujian dibina di
peringkat daerah dan ujian piawaian.
iv.
Kurikulum yang
Diajarkan
:
-
Kurikulum
yang dapat dilihat ketika memerhati pengajaran guru.
v.
Cadangan Kurikulum :
-
Kurikulum
dicadangkan oleh pakar-pakar pendidik, pertubuhan profesional, suruhanjaya
pembentuk dan pembuat dasar.
vi.
Kurikulum Bertulis /
yang Dihasratkan
:
-
Kurikulum
yang dimuatkan dalam panduan kurikulum negeri dan daerah seperti kurikulum
kebangsaan iaitu KBSR/KBSM/Kurikulum Kebangsaan Prasekolah.
vii.
Kurikulum Sokongan :
-
Kurikulum
yang digambarkan dan dibentuk oleh sumber yang disediakan untuk menyokong atau
menyampaikannya.
viii.
Kurikulum Masa Depan :
-
Merangkumi
pendekatan berpusatkan murid yang membolehkan mereka memahami kekuatan dan
kelemahan masing-masing serta berupaya belajar sepanjang hayat.
-
Pengalaman
belajar direka untuk membantu murid menyepadukan pengetahuan baru dan
memurnikannya bagi melahirkan celik akal melalui banding beza, membuat induksi,
deduksi dan menganalisis.
-
Pengalaman
belajar memberikan murid peluang untuk menggunakan pengetahuan secara bermakna
bagi membolehkan mereka membuat keputusan dan untuk membentuk pemikiran
kritikal, kreatif dan futuristik serta penyelesaian masalah seperti Kajian Masa
Depan.
-
3 pendekatan boleh digunakan untuk
melaksanakan visi ini:
·
Kandungan
akan dibekalkan melalui pelbagai cara penyampaian dengan menggunakan pelbagai
strategi.
·
Kurikulum
akan dibina sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan.
·
Bahan,
pengalaman, dan sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan
disepadukan ke dalam struktur teras kurikulum.
ARTIKEL 1 :ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK) DALAM
KURIKULUM
STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR)
(Daripada : Kementerian
Pelajaran Malaysia (Bahagian Pembangunan)
Artikel ini
membincangkan tentang EMK dalam kurikulum Negara kita. Terdapat 3 elemen di
dalam EMK iaitu Elemen Kreativiti dan Inovatif, Elemen Keusahawanan, dan Elemen
Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Maksud Elemen Kreativiti dan Inovatif ialah
kebolehan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan
masalah dan mencapai sesuatu objektif. Ia juga merujuk kepada kebolehan
individu menggunakan daya imaginasi, idea dan pemikiran kreatif. Elemen
Keusahawanan pula ialah satu proses dalam membentuk ciri-ciri, sikap, kaedah
berfikir dan nilai kearah menjadi seorang usahawan. Terdapat 5 fokus elemen
keusahawanan iaitu sikap keusahawanan, nilai moral dan etika keusahawanan,
formulasi pengetahuan dan kemahiran teknologi dan vokasional, pengetahuan dan
kemahiran keusahawanan, dan pemikiran keusahawanan. Elemen Teknologi Maklumat
dan Komunikasi pula ialah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan
komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh,
memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi
maklumat di mana dan bila masa sahaja. Terdapat beberapa pendekatan dalam
membudayakan TMK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu pengetahuan
dan kemahiran TMK, pencapaian maklumat, ilmu pengetahuan dan penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran yang dicapai atau diakses melalui media TMK.
ARTIKEL 2 : KAJIAN KERELEVENAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
DENGAN KURIKULUM
(Daripada: Alias Mat
Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff, Ruhizan Mohammad Yassin)
Kurikulum pendidikan
yang dibangunkan perlulah selaras dengan aspirasi wawasan negara, supaya
generasi yang dididik dapat memenuhi tuntutan negara pada masa depan. Kegagalan
kurikulum pendidikan untuk menselarikan objektifnya dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan akan menyebabkan generasi yang dididik memberi masalah kepada
negara. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan Negara” (Falsafah Pendidikan Kebangsaan). Matlamat pendidikan
Negara bolehlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha untuk melahirkan
warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan sepadu dari segi
intelek, rohani, emosi, jasmani dan yang percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu
pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia, berketrampilan,
berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan kemakmuran masyarakat dan
negara, setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik
dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat Malaysia. Menurut
Power (1982) kerelevenan ilmu itu ialah ilmu pengetahuan yang bermakna yang
boleh diamalkan dan boleh memberi signifikannya kepada kehidupan. Oleh itu,
kepada mereka yang terlibat dalam membangunkan sesuatu kurikulum ataupun modul
untuk pelajar, kewajaran melihat kerelevenan ilmu itu perlu dibuat supaya hasil
daripada kurikulum ataupun modul itu mampu untuk membolehkan seseorang pelajar
itu menghadapi cabaran sebenar dalam masyarakatnya. Selain itu juga, kerelevenan
sesuatu objektif pendidikan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan diperlukan
kerana ia berguna dalam menentukan perancangan dan perkembangan pendidikan.
Menurut Ishak (2005) berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita boleh
mencadangkan matlamat pendidikan, merancang objektif dan aktiviti sesebuah
institusi pendidikan, mencadangkan teori-teori pembelajaran yang akan digunakan
serta membuat strategi bagi proses menggubal sesebuah kurikulum agar releven
dengan kehendak semasa.
ARTIKEL 3 : PENGURUSAN KURIKULUM SEKOLAH MENENGAH
DAN
HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
(Daripada: Rosnah
Selamat)
Artikel ini
membincangkan tentang sejauh manakah budaya pengurusan kurikulum
yang sistematik, berkesan dan cemerlang telah diamalkan di sekolah-sekolah
menengah pada hari ini, untuk mengetahui adakah sistem pengurusan kurikulum di
sekolah pencapaian cemerlang berbeza dengan sekolah pencapaian sederhana
dan untuk mengetahui adakah sistem pengurusan kurikulum sesebuah sekolah
mempengaruhi pencapaian sekolah tersebut dalam Peperiksaan Awam. Sistem
pengurusan kurikulum yang meliputi sistem pengurusan panitia di kebanyakan
sekolah menengah pada hari ini hanya pada tahap yang memuaskan sahaja. Hanya
sebahagian kecil sahaja sekolah yang telah mengamalkan budaya pengurusan
kurikulum yang boleh dianggap sistematik, berkesan dan cemerlang. Didapati
sistem pengurusan kurikulum di sekolah pencapaian cemerlang lebih baik daripada
sekolah pencapaian sederhana dan keberkesanan sistem pengurusan kurikulum
sesebuah sekolah merupakan antara faktor yang mempengaruhi pencapaian sekolah
tersebut dalam Peperiksaan Awam. Faktor utama kejayaan sesuatu reformasi
kurikulum tidak semata-mata terletak pada perancangan yang mantap dan
berterusan di peringkat atas, malah yang lebih penting ialah keberkesanan
pelaksanaan reformasi tersebut di peringkat pelaksanaan yang paling bawah. Oleh
yang demikian, pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah, khususnya di dalam
bilik darjah, merupakan faktor penentu kejayaan reformasi tersebut. Betapa pun
rapinya perancangan sesuatu reformasi di peringkat atasan, tetapi jika
pelaksanaannya di peringkat sekolah tidak sistematik, tidak terancang dan pihak
pengurusan sekolah tidak peka terhadap nilai dan aspirasi yang hendak dicapai,
maka perubahan yang diharapkan tidak akan berlaku (Anas Ahmad, 1988). Kurikulum
bolehlah dianggap sebagai nadi kepada sesebuah sekolah. Dalam pengertian yang
luas kurikulum adalah segala-galanya bagi sesebuah sekolah. Oleh yang demikian,
pengurusan kurikulum adalah satu bidang yang amat penting. Ia sama penting
dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kedua-dua aspek
pengajaran dan pembelajaran dan pengurusannya perlu diberi perhatian yang sama.
Penyeliaan pengurusan kurikulum sekolah dan panitia-panitia mata pelajaran
hendaklah dijalankan dari semasa ke semasa oleh pihak pengurusan sekolah supaya
semua program kurikulum sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
No comments:
Post a Comment