PROGRAM
Program I-Think merupakan program untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif dan kritis serta inovatif, memupuk kemahiran pemikiran aras tinggi dan mampu berdaya saing.
i-THINK membawa maksud innovative THINKing
(Pemikiran Inovatif). Pada masa kini, murid perlu dibekalkan dengan permasalahan
kemahiran berfikiraras tinggi.
Dapatan pentaksiran antarabangsa
seperti TIMSS dan PISA menunjukan murid Malaysia berada di tahap yang
rendah. Murid berpengetahuan tetapi tidak dapat mengaplikasikan
pengetahuan mereka.Dapatan UNESCO (2011) pula menunjukkan bahawa guru hanya mengajar
untuk peperiksaan.Dapatan kajian keperluan (2011) juga menunjukkan kemahiran
berfikir aras tinggi (Higher Order Thinking Skills) dalam kalangan guru dan
murid di Malaysia berada di tahap yang amat rendah
Pelaksanaan program I-Think ini memperkenalkan
alat berfikir kepada guru dan murid. Selain itu, semua guru akan menggunakan
alat berfikir mengikut kesesuaian tajuk semasa mengajar.Murid akan menggunakan
dalam pembelajaran.Penggunaan alat berfikir dan kemahiran aras tinggi dalam
pembelajaran dan pengajaran yang menjadi amalan.Sehubungan itu, program ini juga
mengadakan portal bahan interaktif pembelajaran dan pengajaran yang dapat
merangsangkan kemahiran berfikir.
No comments:
Post a Comment